Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidup dalam suatu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.(Menurut Salvicion dan Ara Celis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah : - Unit terkecil dari masyarakat - Terdiri atas 2 orang atau lebih - Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah - Hidup dalam satu rumah tangga - Di bawah asuhan seseorang ketua rumah tangga - Berinteraksi diantara sesama anggota keluarga - Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing - Diciptakan, mempertahankan suatu kebudayaan.
Bahagia dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, bersangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.