Pengenalan

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi mesti mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga terdiri daripada bapa, ibu, abang, kakak, adik, datuk, dan nenek dan sebagainya. Ketua sesebuah keluarga ialah bapa. Setiap ahli keluarga mempunyai tugas masing-masing untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.Tugas bapa ialah mencari sumber rezeki, tempat kediaman, pakaian dan makanan. Ibu pula menjaga anak-anak dengan baik, Anak-anak pula menjaga nama baik keluarga.